Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Kupang

Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Kupang

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 3 Okt – Sebelum menamatkan persekolahan agama, sudah menjadi kelaziman murid-murid Darjah 6 akan terlibat dalam majlis khatam Al-Quran.

Sehubungan itu, seramai 20 orang murid Darjah 6 Sekolah Ugama Kupang, Tutong 1 telah mengikuti majlis khatam Al-Quran yang diadakan di dewan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Presiden Persatuan Jururawat Brunei Darussalam (PENJURU), Datin Paduka Hajah Suraya Noraidah binti Abdullah.

Di majlis tersebut, Datin Paduka Hajah Suraya Noraidah juga telah menyampaikan sijil-sijil kepada para peserta khatam Al-Quran.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para peserta khatam Sekolah Ugama Kupang, Tutong.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para peserta khatam Sekolah Ugama Kupang, Tutong.

Antara matlamat majlis itu diadakan ialah untuk menggalakkan murid-murid untuk sentiasa membaca Al-Quran dengan baik dan lancar di samping dapat mengkhatamkan Al-Quran sebelum mereka menamatkan persekolahan agama.

Selain itu ia juga diharap dapat mengeratkan kerjasama dan perpaduan di antara ibu bapa, guru-guru dan murid-murid dalam sama-sama mengungkayahkan majlis-majlis keagamaan di sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA