Khatam Al-Quran SU Pengiran Anak Puteri Norain

Khatam Al-Quran SU Pengiran Anak Puteri Norain

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 29 Ogos – Sekolah Ugama (SU) Pengiran Anak Puteri Norain Tutong, baru-baru ini, telah mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi murid-murid Darjah 6 yang diadakan di dewan sekolah berkenaan, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Hakim Syar’ie Mahkamah Rendah Syariah Daerah Tutong, Pengiran Haji Shahril Azman bin Pengiran Haji Metusin.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi dorongan dan galakan kepada murid-murid sekolah untuk terus berusaha mempelajari serta menghayati Al-Quran sehingga mereka khatam 30 juz sebelum menamatkan persekolahan agama mereka, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan penjaga murid.

Pada tahun ini, seramai 49 orang murid terdiri daripada 19 murid lelaki dan 30 murid perempuan Darjah 6 menyertai majlis itu.

Semasa Majlis Khatam Al-Quran Darjah 6 Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain Tutong dijalankan baru-baru ini.
Semasa Majlis Khatam Al-Quran Darjah 6 Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain Tutong dijalankan baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA