Khatam Al-Quran Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama

Khatam Al-Quran Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di kediaman Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, di sini, hari ini, sebagai penutup tadarus yang telah bermula 24 Jun yang lalu.

Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong serta Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof; timbalan-timbalan setiausaha tetap, Haji Harun bin Haji Junid dan Awang Roslan bin Haji Taja’ah, para pengarah, pegawai kanan dan kakitangan KHEU.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh, Dato Paduka Haji Abdul Mokti dan diikuti dengan bacaan Takhtim Al-Quran secara beramai-ramai, Tahlil dan Doa Arwah, Doa Khatam dan Doa Peliharakan Sultan, sebelum majlis berbuka puasa beramai-ramai dan solat fardu Maghrib berjemaah.

Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di rumah kediaman Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.
Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di rumah kediaman Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.