Khatam Al-Quran warga BIBD

Khatam Al-Quran warga BIBD

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Sebagai sebahagian daripada kegiatan keagamaan tahunannya, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Bersungkai bagi pegawai-pegawai dan kakitangannya yang berlangsung di Dewan Royal Berkshire, Jerudong Parks and Country Club (JPCC) di Jerudong, kelmarin.

Menurut kenyataan BIBD, hadir di majlis berkenaan ialah Pengarah Lembaga BIBD dan Pemangku Pengarah Urusan, Agensi Pelaburan Brunei (BIA), Awang Junaidi bin Haji Masri serta Pengerusi Badan Penasihat Syariah BIBD dan Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Suhaili bin Haji Mohiddin dan ahli-ahli lembaga dan badan penasihat syariah serta pihak pengurusan dan kakitangan BIBD.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diikuti oleh majlis Khatam Al-Quran dan diteruskan dengan kata alu-aluan oleh Pengarah Urusan BIBD, Javed Ahmad.

Selepas majlis berbuka, para hadirin mengadakan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan bersungkai beramai-ramai yang bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim dan hubungan persahabatan dalam kalangan pegawai dan kakitangan BIBD.

Pengarah Lembaga BIBD dan Pemangku Pengarah Urusan, Agensi Pelaburan Brunei (BIA), serta Pengerusi Badan Penasihat Syariah BIBD dan Timbalan Mufti Kerajaan ketika majlis bersungkai bersama kakitangan BIBD, Dewan Royal Berkshire, Jerudong Parks and Country Club (JPCC) di Jerudong.

Kakitangan BIBD yang terbabit dalam majlis khatam Al-Quran.
Kakitangan BIBD yang terbabit dalam majlis khatam Al-Quran.

pg10_150709_c

Acara itu adalah salah satu kegiatan keagamaan Ramadan BIBD yang diadakan setiap tahun termasuk acara kebajikan tahunan, Sirah Amal, majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja dan ceramah-ceramah khas bagi kakitangan BIBD.

ARTIKEL YANG SAMA