Khatam Sekolah Ugama Raja Isteri Fatimah

Khatam Sekolah Ugama Raja Isteri Fatimah

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Seramai 24 orang murid yang terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan kelmarin diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran bagi Murid-Murid Darjah 6 Sekolah Ugama Raja Isteri Fatimah buat kali ke-2 yang diadakan di Dewan Pusat Dakwah Islamiah, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis tersebut ialah Pemangku Penolong Pengarah (Profesional), Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Hajijjah binti Haji Moktal.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai pengajian Islam, guru-guru besar, guru-guru dan ibu bapa serta penjaga murid yang diraikan.

Gambar ramai pelajar khatam yang diraikan bersama guru-guru sekolah berkenaan.
Gambar ramai pelajar khatam yang diraikan bersama guru-guru sekolah berkenaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim, mulai dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas, manakala bacaan Takhtim dibacakan oleh gabungan murid Darjah 5 dan 4, Tausyeh gabungan murid Darjah 1, 3, 4 dan 5 serta Doa Khatam dibacakan oleh salah seorang peserta khatam, Awang Abdur Raziiq Haafiddziin bin Haji Abduk Rahman.

ARTIKEL YANG SAMA