Khatam sempena 15 tahun desentralisasi perkhidmatan penjagaan kesihatan asasi

Khatam sempena 15 tahun desentralisasi perkhidmatan penjagaan kesihatan asasi

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Bersempena dengan Sambutan 15 Tahun Desentralisasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi, Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Gadong, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.

Turut hadir ialah pegawai tugas-tugas khas kanan, ketua-ketua pengarah, para pengarah serta pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Kesihatan.

Majlis menyaksikan bacaan Takhtim dan Tahlil serta Dikir Marhaban beramai-ramai serta diteruskan dengan acara berbuka puasa bersama-sama diikuti dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah.

Bermula 1 Jun 2000, Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi yang sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Pesakit Luar, telah berpindah dari Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) kepada tujuh buah pusat kesihatan berasingan di Daerah Brunei Muara.

Yang Berhormat Pehin hadir sama menyertai Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan 15 tahun Disentralisasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi.
Yang Berhormat Pehin hadir sama menyertai Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan 15 tahun Disentralisasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi.

Projek desentralisasi itu telah dilanjutkan kepada 16 buah pusat kesihatan di Daerah Brunei dan Muara, Belait dan Tutong di mana dengan desentralisasi perkhidmatan penjagaan kesihatan asasi, perkhidmatan-perkhidmatan tambahan telah diperkenalkan.

Perkhidmatan tambahan yang diperkenalkan itu adalah termasuk klinik flu, klinik penyakit kronik, klinik kesihatan ibu-ibu dan kanak-kanak, perkhidmatan doktor penerbangan, klinik bergerak, perkhidmatan contoh darah, perkhidmatan farmasi, perkhidmatan pergigian, perkhidmatan kesihatan seperti penyaringan kesihatan, perkhidmatan kesihatan sekolah serta kemudahan kesihatan ke klinik perubatan untuk polis dan pasukan bomba.

ARTIKEL YANG SAMA