Khatam sempena 45 tahun BSB

Khatam sempena 45 tahun BSB

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Sempena 45 tahun penukaran nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan (BSB), Jabatan Bandaran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran 45 kali sempena memperingati penukaran nama itu yang berlangsung di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, hari ini.

Khatam 45 kali itu telah dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan disusuli dengan bacaan Khatam Al-Quran dan Takhtim yang dipimpin oleh Pegawai Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Mudim Haji Ahmad Kasra bin Haji Ibrahim, manakala bacaan Doa Khatam pula dibacakan oleh Pegawai Masjid Mudim Haji Amran bin Haji Mohd Salleh.

Majlis Khatam itu melibatkan lebih 1,303 peserta dengan berjaya mengkhatamkan sebanyak 85 kali dan mereka itu terdiri daripada warga kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi, pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran BSB.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar bersama para hadirin yang lain di Majlis Khatam 45 kali sempena penukaran nama Bandar Brunei menjadi BSB.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar bersama para hadirin yang lain di Majlis Khatam 45 kali sempena penukaran nama Bandar Brunei menjadi BSB.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kalangan hadirin yang berada pada majlis keagamaan penuh berkat itu.
Kalangan hadirin yang berada pada majlis keagamaan penuh berkat itu.

Menurut kenyataan penganjur, inisiatif ini adalah untuk memperkembangkan lagi usaha berterusan dalam mengukuhkan syiar Islam kepada Bandar Seri Begawan dengan imej baik dan indah selaras dengan sifatnya sebagai Bandar Negara Melayu Islam Beraja dan Bandar Negara Zikir.

Turut serta ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga pengerusi Lembaga Bandaran BSB, ketua-ketua jabatan dan ahli Lembaga Bandaran BSB.

Majlis itu juga dihadiri oleh barisan penghulu-penghulu, ketua-ketua kampung, ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung serta pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KHEDN.

ARTIKEL YANG SAMA