Khatam Sempena Hari Keputeraan bermula

Khatam Sempena Hari Keputeraan bermula

Oleh Pg Fairol RMF, Hajah Saemah Kepli & Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mac – Seramai 1,670 orang menyertai Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran 70 kali Khatam Ahli-ahli Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70, hari ini.

Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran telah dimulakan di masjid-masjid terpilih di keempat-empat daerah selepas sembahyang fardu Asar berjemaah.

Bagi Daerah Brunei dan Muara, majlis berlangsung di Jame ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong dan hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Pada tahun ini, seramai 550 orang terdiri daripada 70 orang lelaki dewasa, 70 orang wanita dewasa, 70 orang belia, 70 orang beliawanis, 135 orang kanak-kanak lelaki dan 135 orang kanak-kanak perempuan ikut serta bagi daerah ini. Di Daerah Belait pula, majlis diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait dan hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menyertai Majlis Khatam 70 Kali sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menyertai Majlis Khatam 70 Kali sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan.
Seramai 550 orang turut serta pada majlis yang diadakan di Daerah Brunei dan Muara.
Seramai 550 orang turut serta pada majlis yang diadakan di Daerah Brunei dan Muara.

pg04_160302_d

Haji Mohd ‘Abdoh hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Daerah Belait.
Haji Mohd ‘Abdoh hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Daerah Belait.

Pada tahun ini Daerah Belait melibatkan penyertaan seramai 420 orang yang terdiri daripada seramai 70 orang peserta lelaki dewasa, 70 peserta wanita dewasa, 70 peserta belia, 70 peserta beliawanis, serta kanak-kanak seramai 70 orang lelaki dan 70 orang perempuan yang berusia 12 tahun ke bawah.

Manakala itu, di Daerah Tutong, majlis pelancaran diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang yang dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Haji Idris bin Haji Mohd Ali selaku tetamu kehormat majlis.

Haji Idris selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Daerah Tutong. – Gambar Jabatan Daerah Tutong
Haji Idris selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Daerah Tutong. – Gambar Jabatan Daerah Tutong

pg04_160302_f

Di antara penduduk dan pelajar sekolah agama yang turut serta pada majlis di Daerah Tutong. - Gambar Jabatan Daerah Tutong
Di antara penduduk dan pelajar sekolah agama yang turut serta pada majlis di Daerah Tutong. – Gambar Jabatan Daerah Tutong
Haji Haris selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Daerah Temburong.
Haji Haris selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Daerah Temburong.
Antara belia yang turut serta pada Majlis Khatam Al-Quran 70 kali yang diadakan di Daerah Temburong.
Antara belia yang turut serta pada Majlis Khatam Al-Quran 70 kali yang diadakan di Daerah Temburong.

Di Daerah Temburong pula, ia berlangsung di Dewan Masjid Utama Muhammad Salleh Pekan Bangar dan dihadiri oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di KHEDN, Haji Haris bin Haji Othman.

Majlis-majlis pelancaran telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dengan niat khas Pembacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran 70 Kali Khatam anjuran Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 bagi Tahun 2016 dan seterusnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula daripada juzuk pertama.

Majlis Khatam Al-Quran 70 Kali Khatam ini diadakan bagi memohon doa ke hadrat Allah S.W.T. semoga Baginda Sultan dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah S.W.T.

Ia juga adalah bagi menzahirkan kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini kepada Allah S.W.T. atas limpah rahmat dan nikmatNya menjadikan Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan bijaksana Baginda Sultan sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera, di samping bagi mendukung hasrat Baginda untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dengan rakyatnya celik Al-Quran.

Para peserta bagi pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran terdiri daripada ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung di keempat-empat daerah mengikut kategori dewasa lelaki, dewasa wanita, belia dan beliawanis berumur 13 hingga 20 tahun yang terpilih mewakili mukim dan kampung termasuk penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Quran Remaja, serta kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah mewakili sekolah-sekolah Arab dan Al-Falah, sekolah agama, Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA