KHEDN anjur Kejohanan Bola Sepak 11 Sepasukan

KHEDN anjur Kejohanan Bola Sepak 11 Sepasukan

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) hari ini menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 11 Orang Sepasukan KHEDN dan jabatan di bawahnya yang berlangsung di Padang Bola Sepak, Dewan Kemasyarakatan Mukim Kilanas, Jalan Sinarubai, Bengkurong-Masin.

Hadir selaku tetamu kehormat untuk merasmikan kejohanan itu ialah Pemangku Setiausaha Tetap KHEDN, Haji Idris bin Haji Mohd Ali.

Hadir sama ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim, pegawai daripada Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD), ketua jabatan dan para pegawai pasukan yang ikut bertanding.

Antara pasukan yang mengambil bahagian ialah Pasukan KHEDN, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Buruh, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Daerah Kuala Belait, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jabatan Bandaran Kuala Belait/Seria dan Jabatan Bandaran Tutong.

Antara pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan anjuran KHEDN tersebut.
Antara pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan anjuran KHEDN tersebut.

Acara bermula dengan tetamu kehormat diperkenalkan kepada pasukan yang mengambil bahagian dan diikuti kemudiannya dengan tetamu kehormat menyepak bola ke pintu gawang sebagai tanda bermulanya kejohanan tersebut.

Tetamu kehormat dan para hadirin kemudiannya menyaksikan perlawanan pertama antara Pasukan KHEDN menentang Pasukan Jabatan Imigresen yang berkesudahan dengan kedudukan terikat seri 1-1.

ARTIKEL YANG SAMA