KHEDN bertahlil di Kubah Makam Diraja

KHEDN bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Kira-kira 285 orang dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya serta majlis-majlis perundingan mukim dan kampung, hari ini, telah menghadiri Majlis Membaca Yasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Mengetuai rombongan berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut serta ialah setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan di jabatan-jabatan dan bahagian di KHEDN serta para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dari keempat-empat daerah.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Yasin, diikuti bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Nuzli bin Haji Jumat.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar mengetuai rombongan KHEDN bagi Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar mengetuai rombongan KHEDN bagi Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA