KHEDN meriahkan Aidilfitri

KHEDN meriahkan Aidilfitri

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus diraikan dengan penuh meriah yang mana melalui sambutan itu, ia memberikan peluang untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan persahabatan di antara satu sama yang lain.

Sehubungan itu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya tidak melepaskan peluang untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jalan Landasan Lama, Berakas, hari ini.

Hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai kanan, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung.

Yang Berhormat Pehin menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri itu.
Yang Berhormat Pehin menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri itu.
Di antara warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya yang menghadiri majlis itu.
Di antara warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya yang menghadiri majlis itu.
Yang Berhormat Pehin beramah mesra dan bergambar ramai dengan warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Yang Berhormat Pehin beramah mesra dan bergambar ramai dengan warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya.

pg08_150731_e

Di antara pondok-pondok makanan dan minuman yang disediakan oleh setiap jabatan di majlis berkenaan.
Di antara pondok-pondok makanan dan minuman yang disediakan oleh setiap jabatan di majlis berkenaan.

Majlis yang dikendalikan bersama oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat itu, dihadiri oleh lebih 400 orang warga KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya di mana selain mengeratkan hubungan silaturahim, mereka juga berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis hidangan dan minuman yang menyerikan lagi majlis.

Di majlis berkenaan juga, Yang Berhormat Pehin turut beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan kementerian serta para pemimpin akar-umbi.

Majlis mengetengahkan format acara rumah terbuka jabatan-jabatan di bawah KHEDN di mana setiap jabatan menyediakan pondok-pondok makanan dan minuman untuk disajikan kepada para jemputan.

ARTIKEL YANG SAMA