KHEDN rai pegawai, kakitangan bersara

KHEDN rai pegawai, kakitangan bersara

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Jasa dan sumbangan bakti 105 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya yang bersara pada tahun 2014/2015 terus dikenang dan diberikan penghargaan dalam satu majlis, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis penghargaan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Aras Bawah, Bangunan Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil serta cenderahati ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di KHEDN, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam, Timbalan Setiausaha Tetap, Haji Idris bin Haji Mohd Ali, Timbalan Setiausaha Tetap, Haji Mohd Sunadi bin Haji Buntar, ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan kementerian serta jabatan-jabatan di bawahnya.

Pegawai Pentadbir Kanan, KHEDN, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain ketika berucap menyatakan majlis itu bukan sahaja untuk memberikan penghormatan, menghargai dan mengenang jasa bakti serta ihsan para pegawai dan kakitangan kementerian yang diraikan, tetapi juga mengeratkan serta mengukuhkan lagi semangat kekeluargaan antara sesama warga kementerian tersebut.

Yang Berhormat Pehin menyampaikan cenderahati kenangan dan sijil penghargaan kepada Pengiran Dato Paduka Haji Abdul Rahman.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan cenderahati kenangan dan sijil penghargaan kepada Pengiran Dato Paduka Haji Abdul Rahman.
Yang Berhormat Pehin pada majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin pada majlis berkenaan.

pg03_160201_d pg03_160201_e

Yang Berhormat Pehin menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada para penerima.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada para penerima.
Awang Shamsul Bahrin ketika menyampaikan ucapan.
Awang Shamsul Bahrin ketika menyampaikan ucapan.

pg03_160201_g

Majlis kemudiannya diikuti dengan penyampaian cenderahati kenangan dan sijil penghargaan oleh Yang Berhormat Pehin kepada para pegawai dan kakitangan yang bersara dengan didahului oleh Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan (BSB), Pengiran Dato Paduka Haji Abdul Rahman bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail.

Pada majlis itu juga, seramai 105 orang pegawai dan kakitangan yang bersara dari 1 Oktober 2014 hingga 30 September 2015 mengikut senarai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diberi penghargaan atas khidmat bakti sepanjang bertugas dengan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA