KHEDN terus semarak Dikir Maulud

KHEDN terus semarak Dikir Maulud

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

TUTONG, 22 Dis – Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), hari ini, telah meneruskan Majlis Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi S.A.W di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Kampung Kiudang.

Mengetuai rombongan ialah Setiausaha Tetap di KHEDN, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam.

Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, timbalan setiausaha tetap dan pemangku timbalan setiausaha tetap di KHEDN, pemangku pegawai Daerah Tutong, ketua-ketua jabatan di bawah KHEDN, penghulu dan ketua-ketua kampung di bawah Mukim Kiudang, ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta penduduk di Mukim Kiudang.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan sembahyang Sunnat Hajat yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Mahli bin Haji Metussin dan seterusnya bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat.

Haji Mohd ‘Abdoh ketika memimpin bacaan Surah Al-Fatihah sebelum memulakan bacaan dikir.
Haji Mohd ‘Abdoh ketika memimpin bacaan Surah Al-Fatihah sebelum memulakan bacaan dikir.

Bacaan dikir dan doa dikir serta sembahyang Fardu Isyak berjemaah menyusuli agenda majlis sebelum bersurai.

Majlis berdikir rombongan KHEDN ini merupakan salah satu acara yang diadakan setiap tahun di daerah-daerah bagi menyemarakkan lagi suasana memperingati hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Selain daripada itu, ia juga antara usaha kementerian untuk memakmurkan dan mengimarahkan masjid bersama-sama dengan penduduk di Mukim Kiudang.

Sebelum ini, rombongan berkenaan telah mengadakan majlis yang sama di Daerah-daerah Brunei dan Muara, Belait dan Temburong.