KHEU anjur Peraduan Menulis Khutbah

KHEU anjur Peraduan Menulis Khutbah

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Orang ramai dipelawa menyertai Peraduan Menulis Teks Khutbah Jumaat sempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1437 anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Borang penyertaan boleh diperoleh di masjid-masjid, surau-surau dan balai ibadat di seluruh negara atau di Jabatan Hal Ehwal Masjid, Simpang 15 Jalan Sumbiling, Bandar Seri Begawan.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke jabatan tersebut selewat-lewatnya pada 30 September 2015, jam 4 petang.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya bolehlah berhubung terus dengan urus setia peraduan, Bahagian Penyelidikan dan Perkembangan Jabatan Hal Ehwal Masjid di talian 2223275 pada waktu pejabat.