KHEU bertadarus di Masjid SOAS

KHEU bertadarus di Masjid SOAS

Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Sempena bulan Ramadan yang mubarak ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui jabatan-jabatan dibawahnya mengendalikan Rombongan Tadarus kementerian berkenaan yang akan melibatkan kunjungan ke masjid-masjid di keempat-empat daerah seluruh negara.

Majlis pembukaannya diadakan di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan malam ini dengan dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan Timbalan Setiausaha Tetapnya Haji Harun bin Haji Junid.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diketuai oleh Menteri Hal Ehwal Ugama dan seterusnya diikuti dengan bacaan Surah Al-Baqarah. Manakala, doa selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang.

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad mengepalai bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah Al-Baqarah pada majlis bertadarus di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien malam tadi.
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad mengepalai bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah Al-Baqarah pada majlis bertadarus di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien malam tadi.

Rombongan bertadarus itu diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim dikalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan para jemaah masjid dalam sama-sama meningkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan dan sebagai salah satu syiar untuk memakmurkan masjid.

Rombongan akan meneruskan lagi acara keagamaan itu pada Sabtu, 20 Jun 2015 pada pukul 5 petang bertempat di Masjid Kampong Belais, Daerah Temburong. Sementara itu, upacara solat tarawih diadakan di semua masjid dan balai ibadat seluruh negara bermula malam ini sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

ARTIKEL YANG SAMA