KHEU terima kunjungan delegasi Yunan

KHEU terima kunjungan delegasi Yunan

Oleh Syahmi Hassan & Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis – Delegasi seramai orang ahli Jawatankuasa Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC) Wilayah Yunan, Republik Rakyat China, yang kini berada di negara ini bagi meningkatkan lagi hubungan kerjasama dua hala di antara Brunei dan China terutama dalam bidang industri halal, telah mengadakan lawatan ke Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), di sini, hari ini.

Ketibaan delegasi yang diketuai oleh Naib Pengerusi Jawatankuasa CPPCC Wilayah Yunan, Ma Kaixian, di Bilik Dhiyafah, KHEU, telah dialu-alukan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Hadir sama ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian, Setiausaha Tetap (Perindustrian) di Jabatan Perdana Menteri, Awang Adi Shamsul bin Haji Sabli dan Setiausaha Tetap di KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohammad Yusof.

Yang Berhormat Pehin menerima cenderahati daripada Ma Kaixian.
Yang Berhormat Pehin menerima cenderahati daripada Ma Kaixian.
Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin bergambar ramai bersama para delegasi dari Yunan.
Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin bergambar ramai bersama para delegasi dari Yunan.
Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz semasa mempengerusikan taklimat mengenai Pensijilan Halal di Brunei Darussalam.
Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz semasa mempengerusikan taklimat mengenai Pensijilan Halal di Brunei Darussalam.

Semasa perjumpaan tersebut, kedua-dua pihak telah berkongsi pandangan dan maklumat dalam bidang keagamaan terutamanya mengenai pensijilan halal di antara kedua-dua negara, di samping mengukuhkan dan meningkatkan persefahaman dan kerjasama dalam perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama.

Seterusnya, Ma Kaixian dan rombongan yang lain telah berkesempatan untuk mendengar taklimat mengenai Pensijilan Halal di Brunei Darussalam: Hal-hal Prosedur’ yang telah dipengerusikan oleh Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz dan disampaikan oleh Pegawai dari Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah, KHEU, Haji Mohd Hadilah bin Haji Manaf.

Taklimat antara lain menyentuh mengenai Badan Pensijilan Halal, Prosedur Pensijilan Halal serta Rangka Kerja Kasar pada Prosedur Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) bagi Pengiktirafan Sijil Halal Badan Asing.