Khidmat berkhatan mula 18 Mac ini

Khidmat berkhatan mula 18 Mac ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa khidmat berkhatan pada musim cuti persekolahan penggal pertama tahun 2016 akan bermula dari 18 hingga 30 Mac ini.

Menurut kenyataan kementerian berkenaan, pendaftaran dan pemeriksaan bagi kanak-kanak yang akan berkhatan bermula dari 12 hingga 17 Mac dari jam 8:15 hingga 11:15 pagi, dan dari jam 2 hingga 3:30 petang pada hari bekerja sahaja.

Tempat pendaftaran dan pemeriksaan adalah bekas Unit Rawatan Rapi Anak Damit (SCBU), Blok 4, Tingkat 2, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Ibu bapa atau penjaga dinasihatkan untuk membawa bersama anak mereka berserta salinan surat beranak dan kad Bru-HIMS semasa membuat pendaftaran bagi pemeriksaan kesihatan. Orang ramai bolehlah menghubungi para pegawai pengkhatan yang bertugas di talian 2242424 sambungan 2451 pada waktu pejabat.

ARTIKEL YANG SAMA