Khidmat diesel Stesen Minyak SPM jalani penyelenggaraan

Khidmat diesel Stesen Minyak SPM jalani penyelenggaraan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) memaklumkan kepada orang ramai bahawa Stesen Minyak Syarikat Perusahaan Melayu (SPM) di Kuala Belait sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas tangki diesel bawah tanah stesen minyak berkenaan.

Dalam kenyataannya, BSM menyatakan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan itu dijadualkan akan berakhir dalam tempoh 10 hari.

Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk membeli minyak diesel dinasihatkan untuk membeli minyak berkenaan di Stesen Minyak Koperasi Pegawai-pegawai dan Kakitangan Kerajaan (SAPA-KAT), Kuala Belait dan di Stesen Minyak Roxana Shell.

ARTIKEL YANG SAMA