Khidmat Ibrahimovic diperlukan

Khidmat Ibrahimovic diperlukan

STOCKHOLM, 28 Mac (AFP) – Penyerang antarabangsa Sweden, Zlatan Ibrahimovic mengesahkan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya dari kelab bola sepak Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Pemain berusia 34 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan sama ada ke Manchester United, Chelsea dan Arsenal, akan mengakhiri kontraknya dengan PSG, hujung musim ini.

“Ya, ada yang berminat. Saya boleh mengesahkannya dan kami akan lihat seterusnya,” kata Ibrahimovic memberitahu pemberita ketika menjalani latihan menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Republik Czech, Selasa ini.

Ibrahimovic ketika menghadiri sidang media di Friends Arena, Stockholm semalam. – Reuters
Ibrahimovic ketika menghadiri sidang media di Friends Arena, Stockholm semalam. – Reuters

“Saya fikir Liga Perdana Inggeris adalah liga paling berprofil tinggi di dunia. Ia menjadi kebanyakan tajuk utama media.

“Namun saya berminat konsep perkahwinan kerana kedua-dua pihak saling memerlukan,” katanya.

Ibrahimovic memenangi trofi kejuaraan liga bagi empat negara Eropah yang berlainan.

“Untuk saat ini, saya boleh katakan saya tidak berada di PSG tahun depan,” katanya sambil menambah, “Jika mereka menggantikan Menara Eiffel dengan tugu saya, saya akan kekal di PSG. Itu saya boleh janjikan.”

ARTIKEL YANG SAMA