KHIDMAT, JABaT adakan Majlis Mawlid

KHIDMAT, JABaT adakan Majlis Mawlid

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Bersama Kelab Khidmat dan Qasidah Pusat Belia (KHIDMAT) dengan kerjasama Kelab Jalinan Akrab Belia Terunggul (JABaT) Pusat Belia, kelmarin telah mengadakan Majlis Mawlid sempena Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1437H/2016M.

Majlis yang berlangsung di Dewan Silaturahim, Pusat Belia Bandar Seri Begawan itu dihadiri kira-kira 200 orang yang terdiri daripada ustaz-ustaz jemputan, para belia daripada persatuan-persatuan di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Belait, para penuntut sekolah serta orang ramai.

Pada majlis itu, tazkirah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh penceramah undangan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali ( UNISSA), Ustaz Al Habib Dr. As Sayyed Abdul Hamid Al Mahdaly,

Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dan seterusnya menunaikan solat Fardu Isyak berjemaah.

Ahli-ahli Qasidah KHIDMAT yang terdiri daripada belia-belia masjid dan balai ibadat turut menyampaikan qasidah-qasidah yang memuji dan membesarkan Keagungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan kekasih-Nya, Rasulullah S.A.W.

Majlis Mawlid sempena Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1437H/2016M di Dewan Silaturahim, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.
Majlis Mawlid sempena Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1437H/2016M di Dewan Silaturahim, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

Majlis merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam mengenalkan Rasulullah S.A.W kepada penduduk dan rakyat jelata di negara ini, di samping menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi, perlunya Rasulullah S.A.W dikenang selalu untuk mengilhami kita meneruskan usaha-usaha suci memelihara Islam dan kesejahteraan sejagat.

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai KHIDMAT, orang ramai boleh melayari akaun Instagram @khidmatdanqasidah (#majlismawlidbrunei #majlisilmu), Facebook (Kelab Khidmat dan Qasidah Pusat Belia) atau Telegram (@khidmatdanqasidah). – Faridah Haji Ibrahim

ARTIKEL YANG SAMA