Khidmat kekonsuleran TKI di KB esok

Khidmat kekonsuleran TKI di KB esok

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mac – Kedutaan Republik Indonesia di sini mengundang seluruh warga negara Indonesia yang memerlukan khidmat kekonsuleran dan ketenagakerjaan untuk hadir pada acara tersebut di Kuala Belait.

Dalam satu kenyataan hari ini, kedutaan berkenaan berkata, jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan ialah lapor diri, pembaharuan pasport, legalisasi, surat keterangan, konsultasi tenaga kerja dan lain-lain.

Khidmat tersebut akan dilaksanakan selama dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad (12 – 13 Mac) bertempat di Hotel Riviera, Kuala Belait bermula jam 8:30 pagi hingga 4 petang pada Sabtu dan hingga jam 2 petang pada Ahad.

Khidmat kekonsuleran dan ketenagakerjaan merupakan program yang diselenggarakan oleh Kedutaan Republik Indonesia di ibu negara untuk memudahkan pengurusan dokumen warga negara Indonesia yang berada di luar Bandar Seri Begawan.

ARTIKEL YANG SAMA