Khidmat khatan bermula kelmarin

Khidmat khatan bermula kelmarin

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Sept – Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan berkhatan pada musim cuti persekolahan penggal pertama tahun 2016 mula dibuka hari ini (5 September) hingga 18 September.

Dalam kenyataan yang dikeluarkannya, Kementerian Kesihatan memberitahu pendaftaran dan pemeriksaan bagi kanak-kanak yang akan berkhatan dibuka dari jam 8:15 hingga 11:15 pagi dan dari jam 2 hingga 3:30 petang semasa waktu bekerja sahaja.

Tempat bagi pendaftaran dan pemeriksaan adalah di bekas Unit Rawatan Rapi Anak Damit (SCBU), Blok 4, Tingkat 2, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Ibu bapa atau penjaga hendaklah membawa bersama anak mereka berserta salinan surat beranak dan kad Bru-HIMS semasa membuat pendaftaran bagi pemeriksaan kesihatan.

Orang ramai bolehlah menghubungi pegawai-pegawai pengkhatan yang bertugas di talian 2242424 sambungan 6361 semasa waktu pejabat.

ARTIKEL YANG SAMA