Khidmat Penghantaran Frescho tambah Cinnabon dalam senarai

Khidmat Penghantaran Frescho tambah Cinnabon dalam senarai

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb – Pusat Penghantaran Restoran Frescho yang menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan yang unik, menggabungkan restoran-restoran dalam satu penghantaran sahaja, kini mempunyai rakan baru iaitu Cinnabon.

Kedai pastri Amerika itu adalah yang terbaru menyertai barisan restoran-restoran terkenal di Frescho iaitu Auntie Anne’s, Gloria Jean’s, All Seasons, PastaMania, FRESHCO Food Junction, Sushi Tei, I Love Yoo, FRESHCO Sandwich, Shinobu Sushi, Waroeng Penyet dan Killiney Kopitiam, dalam perkhidmatan berkenaan.

Menerusi perkhidmatan penghantaran unik dan pertama seumpamanya di sini, para pelanggan boleh menjimatkan masa sambil memilih bermacam-macam hidangan dari restoran-restoran yang berbeza dalam satu resit dengan membuat pembelian minimum $15 dan tambahan caj $2 bagi perkhidmatan penghantaran.

Pusat penghantaran berkenaan turut memberikan perkhidmatan penghantaran secara percuma bagi kawasan-kawasan terpilih yang berdekatan dengan pusat penghantaran bermula pada jam 12 tengah hari sehingga 2 petang.

Hidangan daripada gabungan pelbagai restoran yang kini boleh ditempah melalui satu penghantaran sahaja.
Hidangan daripada gabungan pelbagai restoran yang kini boleh ditempah melalui satu penghantaran sahaja.
Orang ramai kini boleh menempah roti kegemaran dari Cinnabon melalui Pusat Penghantaran Restoran Freshco.
Orang ramai kini boleh menempah roti kegemaran dari Cinnabon melalui Pusat Penghantaran Restoran Freshco.

Pusat Penghantaran Makanan Restoran Freshco kini mempunyai tiga cawangan iaitu di Freshco Batu Satu, Berakas, Times Square dan KBSentral Mall dan para pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan ini bermula seawal jam 8 pagi sehingga 9:30 malam.

ARTIKEL YANG SAMA