Khidmat penghantaran guna Dron

Khidmat penghantaran guna Dron

BAS-VULLY, Switzerland, 9 Julai (AFP) – Tertanya-tanya di manakah bungkusan anda? Sila pandang ke atas!

Perkhidmatan pos Switzerland Selasa lalu berkata ia telah mula menguji penghantaran bungkusan oleh dron tidak dikendali, meskipun penggunaan posmen terbang tidak mungkin bermula dalam tempoh lima tahun lagi.

Eksekutif perkhidmatan pos menunjukkan dron buat pertama kali pada Selasa lalu dan berkata ujian awal kemampuan mesin penghantar pos akan berjalan sehingga akhir Julai.

Dron berwarna putih mengandungi empat cabang kipas pada hujung yang panjangnya dari gelung lekuk yang saiznya seperti mangkuk tandas. Kotak kuning membawa logo perkhidmatan pos, ditempatkan di tengah-tengah.

“Dron itu sangat ringan dan mampu membawa bebanan sehingga satu kilo pada ketinggian lebih 10 kilometer dengan satu caj bateri,” Swiss Post berkata dalam satu kenyataan.

Dron yang kini diuji pandu bagi membuat hantaran melalui udara. - Reuters
Dron yang kini diuji pandu bagi membuat hantaran melalui udara. – Reuters

Dron itu ‘terbang berautonomi, mengikut laluan penerbangan selamat yang telah dengan jelas ditetapkan, yang dibuat oleh perisian cloud yang dimajukan oleh Matternet (pengeluar dron di AS), tambahnya lagi.

Swiss Post, yang bekerjasama dengan Swiss WorldCargo bagi projek ini, divisyen kargo udara Swiss International Air Lines, menekankan dron itu akan diuji dengan teliti sebelum digunakan secara meluas.

“Sehingga masa penggunaan komersial mereka menjadi realisasi sekitar lima tahun, wujud pelbagai keperluan yang perlu dijelaskan,” menurut kenyataan itu.

Ini termasuklah menyelidiki rangka pengaturan yang akan digunakan apabila menghantar pesawat udara tidak dikendali ke seluruh negeri Alpine, yang mempunyai banyak kampung terpencil yang mana penghantaran dron mungkin berguna.