Khidmat pergigian kanak-kanak hingga 31 Disember

Khidmat pergigian kanak-kanak hingga 31 Disember

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan memaklumkan orang ramai bahawa waktu perkhidmatan pergigian bagi pesakit kanak-kanak semasa cuti persekolahan Penggal III 2016 bermula hari ini hingga 31 Disember.

Tempat pendaftaran adalah di Tingkat 1, Blok A, Pusat Pergigian Negara, Lapangan Terbang Lama, Berakas yang dibuka dari jam 7:45 pagi hingga 10 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang setiap hari kecuali Jumaat dan Ahad serta hari kelepasan awam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, bagi pesakit kanak-kanak yang memerlukan rawatan lanjut, mereka dinasihatkan untuk menyambung atau meneruskan rawatan di klinik-klinik pergigian mengikut tadahan yang telah ditetapkan.

Pada musim cuti persekolahan ini juga, perkhidmatan pergigian di pusat-pusat kesihatan dan klinik-klinik kesihatan bagi pesakit kanak-kanak dibuka seperti biasa.

ARTIKEL YANG SAMA