Khidmat pusat kesihatan semasa Ramadan

Khidmat pusat kesihatan semasa Ramadan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jun – Kementerian Kesihatan dalam siaran akhbarnya memaklumkan Perkhidmatan Pusat Kesihatan Berakas akan bermula dari jam 7 pagi hingga 4 petang dan 7:30 malam hingga 10 malam dari Isnin hingga Khamis dan Sabtu. Bagi hari Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam, ia akan dibuka dari jam 2 hingga 4 petang dan 7:30 hingga 10 malam.

Pusat Kesihatan Sungai Liang pula akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 2 petang dari hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu, dan bagi hari Jumaat dan hari-hari kelepasan awam, ia akan dibuka dari jam 2 petang hingga 9 malam. Bagi pusat kesihatan lain di kesemua daerah, ia akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 2 petang untuk hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu, dan tutup pada hari Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam.

ARTIKEL YANG SAMA