Khidmat RON 85 di SPPMB jalani penyelenggaraan

Khidmat RON 85 di SPPMB jalani penyelenggaraan

Oleh Anwar Rosly

 

BELAIT 5 Mei – Pemilik kenderaan yang ingin mengisi minyak premium tanpa plumbum (ULG) RON 85 di Daerah Belait perlu pergi ke stesen minyak di Seria atau yang di kawasan Sungai Teraban.

Seorang pegawai dari Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) yang tidak ingin dikenali berkata, ini kerana stesen minyak di Kuala Belait, milik Syarikat Perniagaan dan Perusahaan Melayu Berhad (SPPMB) yang terletak di hadapan Hospital Suri Seri Begawan akan menjalankan penyelenggaraan bagi perkhidmatan RON 85

Pegawai itu menambah, penyelenggaraan perkhidmatan tersebut akan mengambil masa 10 hari bermula kelmarin.

“Jadi, jika ada yang ingin membeli RON 85 untuk kereta mereka, mereka dinasihatkan untuk pergi ke Stesen Minyak Sungai Teraban atau ke Stesen Minyak Koperasi Perniagaan dan Syarikat Melayu Berhad (KOPPMB) di Seria,” katanya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA