Khidmat Rooney dihargai

Khidmat Rooney dihargai

LONDON, 27 Okt (AFP) – Kapten Manchester United, Wayne Rooney akan mendapat penghargaan musim depan selepas penyokongnya berkempen untuk menghargai perkhidmatan lama penyerang England itu di kelab tersebut.

Rooney akan beraksi dalam perlawanan penghargaan bagi Manchester United XI menentang pasukan lawan yang belum dinamakan di Old Trafford pada 3 Ogos 2016. Maklumat para pemain dan pengurus yang akan terlibat pada hari tersebut dijangka akan didedahkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Pemain berusia 30 tahun itu berikrar untuk mendermakan kesemua keuntungan daripada perlawanan tersebut kepada NSPCC, Alder Hey Childrens’ Hospital, Claire House Hospice dan Yayasan Manchester United melalui yayasan Wayne Rooney yang baru ditubuhkan.

Perwakilan Rooney berkata, United menganugerahkan penghargaan kepada kapten England itu selepas beberapa ‘individu dan peminat Manchester United’ bertemu dan menulis kepada naib pengerusi eksekutif Ed Woodward meminta penghargaan itu diberikan untuk khidmat 11 tahun pemain tersebut di kelab itu.

Gambar fail 23 September 2015 menunjukkan Rooney merembat bola ketika beraksi dalam pusingan ketiga Piala Liga menentang Ipswich Town di Old Trafford. - AFP
Gambar fail 23 September 2015 menunjukkan Rooney merembat bola ketika beraksi dalam pusingan ketiga Piala Liga menentang Ipswich Town di Old Trafford. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA