Khidmat sajian RBC di RIPAS dilanjutkan

Khidmat sajian RBC di RIPAS dilanjutkan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Syarikat Royal Brunei Catering Sdn Bhd (RBC) baru-baru ini memeterai perjanjian lanjutan perkhidmatan sajian di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Jabatan Perkhidmatan Renal berserta Kementerian Kesihatan.

Mewakili RBC pada majlis yang diadakan di Kementerian Kesihatan di Berakas adalah Pengurus Am RBC, Ahmad Hussaini Hassan sementara pihak Kementerian Kesihatan pula diwakili oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Zakaria bin Haji Serudin.

Turut hadir dan menyempurnakan pertukaran dokumen pada majlis itu adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Pengiran Dr. Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail dan Timbalan Pengurus Am RBC, Pengiran Haji Abd Rahman bin Pengiran Haji Mat Salleh.

Acara Pertukaran Dokumen pada majlis berkenaan.
Acara Pertukaran Dokumen pada majlis berkenaan.

Dalam perjanjian berkenaan, RBC bersetuju untuk meneruskan perkhidmatan sajian kepada pesakit di ketiga-tiga tempat bagi tempoh lima tahun dan RBC turut menegaskan komitmennya untuk mempertingkatkan dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti melalui sistem ‘Burlodge Multigen/Minigen and Burldoge System RTS (Ready to Serve)’

Menurut kenyataan RBC, sistem ini merupakan salah satu daripada perubahan bagi menyediakan perkhidmatan moden menggunakan teknologi tinggi bagi memastikan makanan yang dijamu menepati piawaan kementerian.

ARTIKEL YANG SAMA