Khidmat seks bawah umur

Khidmat seks bawah umur

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160322_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac – Seorang lelaki warga Malaysia dijatuhi denda $2,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mendapatkan khidmat seks daripada seorang perempuan di bawah umur.

Jessie Wong @ Clarence Wong, 39, dituduh melakukan kesalahan itu pada warga Thailand berusia 17 tahun di Kampung Jangsak pada 9 Mac 2016.

Jika gagal membayar denda itu, Ketua Majistret Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memerintahkan tertuduh untuk menjalani penjara selama empat bulan.

Fakta kes menyebut, tertuduh menerima pesanan suara melalui WhatsApp daripada seorang lelaki warga Thailand yang mempelawanya untuk datang malam ini jika dia mahu. Tertuduh menjawab dengan meminta ‘gambar’.

Tertuduh sebelum ini sering berhubungan dengan lelaki itu untuk mendapatkan khidmat seks wanita.

Sekitar jam 9 malam pada tarikh tersebut, tertuduh pergi ke rumah itu dan membayar $30 untuk khidmat seks.

Namun pada kira-kira jam 9:20 malam, anggota Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat telah membuat serbuan ke atas rumah itu, dan mendapati tertuduh baru sahaja keluar dari bilik di mana mangsa berada.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Viona Song.