Khidmat SMS untuk keputusan PSR

Khidmat SMS untuk keputusan PSR

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Kementerian Pendidikan dengan kerjasama DST Communications Sdn Bhd (DST), Progresif Cellular Sdn Bhd dan Mac Telecomunications Systems Sdn Bhd (MachTel) akan menawarkan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) bagi keputusan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2015.

Orang ramai (pelajar dan ibu bapa/penjaga) yang ingin melanggan perkhidmatan ini perlu mendaftar secara online menerusi portal Kementerian Pendidikan di alamat www.moe.gov.bn atau e-Darussalam www.gov.bn.

Selain itu, orang ramai juga boleh mendaftar melalui SMS dengan menaip MOE<jarak>(KOD PUSAT)<jarak>(NOMBOR CALON) ke talian 8885555 bagi pelanggan DST atau 38666 bagi pelanggan Progresif.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tiada bayaran akan dikenakan bagi pendaftaran dan langganan akan bermula esok (25 November).

Keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan menerusi SMS sebaik sahaja mendapat kelulusan Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan keputusan berkenaan. Pelanggan akan dikenakan bayaran $3 bagi setiap keputusan SMS yang diterima.

Pihak kementerian melahirkan harapan bahawa perkhidmatan ini akan memberi manfaat kepada orang ramai terutamanya ibu bapa dan pihak berkepentingan Kementerian Pendidikan secara amnya.

Bagi maklumat dan pertanyaan lanjut mengenai cara mendaftar, orang ramai boleh menghantar e-mel ke alamat mach@machbrunei.com.

ARTIKEL YANG SAMA