Khidmat teksi air Malaysia-Singapura dicadangkan

Khidmat teksi air Malaysia-Singapura dicadangkan

JOHOR BAHARU, Malaysia, 27 Julai – Kerajaan negeri Johor sedang mencadangkan bagi perkhidmatan teksi air dari terminal baru feri Kong Kong berdekatan Pasir Gudang di sini ke Terminal Feri Changi di Singapura.

Menteri Besar Negeri, Mohamed Khaled Nordin berkata bahawa cadangan itu akan dihadapkan ke kerajaan persekutuan tidak lama lagi bagi kelulusan.

Beliau berkata cadangan tersebut adalah wajar sebagai kaedah alternatif pengangkutan yang akan mengurangkan masa perjalanan bagi orang awam dari kedua-dua negara yang sekarang berdepan kesesakan lalu lintas di Johor dan Link Kedua Malaysia-Singapura.

Gambar hiasan – Teksi air yang terdapat di Korea Selatan. – AFP
Gambar hiasan – Teksi air yang terdapat di Korea Selatan. – AFP

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri bersedia menimbangkan permintaan untuk peruntukan dari Pertubuhan Pemandu-pemandu Teksi Johor Baharu-Singapura untuk mengambil kursus-kursus bahasa.

Beliau berkata lagi, ini menunjukkan pemandu-pemandu teksi bersedia untuk meningkatkan diri mereka sendiri supaya berupaya untuk berinteraksi dalam beberapa bahasa kepada pelancong-pelancong. – NNN