KIA buka pusat khidmat baru

KIA buka pusat khidmat baru

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 29 Sept – Bagi mengukuhkan komitmennya dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan, Syarikat Grand Motors Sdn Bhd, telah melancarkan pusat khidmat kenderaan, Syarikat Fazulreen Sdn Bhd bagi jenama KIA dan Mazda di Tapak Perindustrian Ringan Jalan Setia Diraja, Kuala Belait, hari ini.

Pelancaran Bengkel Pusat Perkhidmatan Motor Kia itu telah disempurnakan oleh Presiden Kia Motors Corporation dari Korea, Steve Lee.

Hadir sama ialah pegawai-pegawai pengurus rantau Asia dan Syarikat Grand Motors Sdn Bhd antaranya Pengarah Urusan, Frankie Ho; Pegawai Eksekutif, Haji Shaiful Rizal bin Pehin Dato Dr. Haji Ahmad serta Pengarah Eksekutif, Pengiran Haji Abdul Qahar bin PSD Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith dan para jemputan.

Steve Lee dalam ucapannya berkata, peningkatan dalam pembelian dan penggemar kenderaan jenama KIA di negara ini telah mencetuskan syarikat mereka untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik di sini dengan melancarkan bengkel Syarikat Fazulreen sebagai ejen mereka selain memberi khidmat pembaikan dan keperluan alat ganti kepada para pelanggan pemilik jenis motor berkenan.

Steve Lee semasa meninjau bengkel pusat perkhidmatan dan merasa berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan.
Steve Lee semasa meninjau bengkel pusat perkhidmatan dan merasa berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan.
Steve Lee (empat, kiri) bergambar ramai selepas merasmikan Bengkel Pusat Perkhidmatan Motor Kia, Syarikat Fazulreen Sdn Bhd.
Steve Lee (empat, kiri) bergambar ramai selepas merasmikan Bengkel Pusat Perkhidmatan Motor Kia, Syarikat Fazulreen Sdn Bhd.

Sementara itu, Frankie Ho dalam ucapannya pula menyatakan dengan terdapatnya pusat perkhidmatan yang baru di daerah ini, ia merupakan tanda dagangan mereka Khidmat Pemedulian seperti Keluarga menjadi semakin dekat dengan pelanggan setempat.

Majlis itu turut meraikan sama mercu sejarah panjang perkhidmatan Syarikat Grand Motors selama 20 tahun jenama KIA di berada di negara ini.

“Komitmen selama 20 tahun itu telah mewakili jenama global yang mengejutkan dunia dengan menyediakan pengalaman menarik dan memberi inspirasi yang melampaui jangkaan, sama seperti slogan jenama kita, ‘The Power to Surprise’, dan sehingga kini, motivasi kita kekal teguh, menampilkan pelbagai jenis kenderaan kepada pelanggan bukan saja dari segi reka bentuknya, tetapi juga inovatif dan prestasinya,” ujarnya.

Semasa majlis itu juga, Steve Lee turut meninjau kemudahan-kemudahan yang disediakan di pusat berkenaan, di samping turut beramah-mesra dengan pekerja-pekerjanya, dan menyatakan rasa puas hatinya terhadap kemudahan yang disediakan bagi memenuhi kehendak yang terbaik bagi para pelanggan mereka di daerah ini.

ARTIKEL YANG SAMA