Kia kedudukan kedua berkualiti

Kia kedudukan kedua berkualiti

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Pembuat kereta Korea jenama ‘Kia’ telah mencapai peningkatan yang mantap dari segi kualiti sejak beberapa tahun ini, dan kini antara peneraju kereta yang paling berkualiti di dalam industri pembuatan kereta.

Selain mempunyai prestasi keseluruhan yang kukuh dalam kedudukan di Power 2015 U.S. Initial Quality StudySM (IQS), Kia juga telah menghasilkan dua jenis modul kereta yang diiktiraf dari segi kerja-kerja pembuatannya iaitu kereta Soul (Compact MPV) dan kereta Sorento (Midsize SUV) dan dianugerahkan sebagai kereta yang berkualiti.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setia Motor Sdn Bhd di sini, Kia menduduki di tangga kedua di kalangan 33 industri plat jenama kereta dari segi kualiti. Selain itu, Kia juga mencapai skor tertinggi antara semua jenama kereta bukan mewah dalam industri dengan kiraan 86 masalah setiap 100 kenderaan (PP100) di 2015 U.S. IQS.

Kia Sorento (kiri) dan Soul (kanan) punyai bilangan masalah reka bentuk, kerosakan dan kecacatan paling sedikit dan menduduki tangga kedua dalam kereta bukan mewah.
Kia Sorento (kiri) dan Soul (kanan) punyai bilangan masalah reka bentuk, kerosakan dan kecacatan paling sedikit dan menduduki tangga kedua dalam kereta bukan mewah.

pg18_151017_b

U.S. Initial Quality Study, kini memasuki tahun ke-29, mengkaji masalah yang dialami oleh pemilik kenderaan dalam tempoh 90 hari pertama pemilikan. Kualiti awal ini telah dipilih dengan jumlah masalah yang dialami setiap 100 kenderaan (PP100), dengan skor yang lebih rendah mencerminkan kualiti yang lebih tinggi. Kajian ini juga merupakan indikator kualiti kenderaan dalam jangka masa yang panjang.

2015 US IQS menilai lapan kategori iaitu dari segi: luaran, pengalaman memandu / ciri-ciri / kawalan / pertunjukkan (FCD), audio/komunikasi/hiburan/pelayaran, kerusi, pemanas, pengudaraan dan penghawa dingin (HVAC), dalaman dan enjin / penghantaran.

IQS juga menilai kecacatan atau kerosakan dan reka bentuk yang berkaitan dengan mengenal pasti ciri-ciri masalah seperti peletakan peralatan kereta yang tidak sesuai atau sukar untuk digunakan.

Sebagai satu jenama, Kia mempunyai bilangan paling sedikit dalam masalah reka bentuk jenama kereta bukan mewah dan peningkatan ini jelas ketara dari tahun ke setahun.

ARTIKEL YANG SAMA