KIA lancar Optima 2016

KIA lancar Optima 2016

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jan – Syarikat Grand Motors Sdn Bhd, selaku pengedar kenderaan jenama KIA di Brunei, hari ini, telah melancarkan KIA Optima serba baru. Optima 2016 ini mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan model sebelumnya, namun perubahan dapat dilihat dari segi keselamatan dan teknologi canggih yang ditambah bagi keperluan pemandu.

Antara perubahan itu, lebih 51 peratus rangkanya diperbuat menggunakan Advance High Strength Steel (AHSS) iaitu 150 peratus tambahan daripada model sebelum ini.

Model ini juga dilengkapi sistem Electronic Control Suspension (ECS) yang menyesuaikan kenderaan dalam apa jua kondisi pemanduan secara stabil, dan dengan enam beg udara, sudah pasti keselamatan pemandu dan penumpang terjaga semasa situasi kecemasan.

Seperti biasa, Optima 2016 mengekalkan gril radiator depannya yang ikonik, dengan lampu utama baru serta lampu belakang yang lebih besar.

Kini Optima juga dilengkapi dengan lampu kabus LED yang lebih terang untuk membantu pemandu melihat lebih jelas, serta menampilkan reka bentuk rim tayar aloi terbaru.

Keluaran kereta terbaru KIA Optima Standard GL dan GLS.
Keluaran kereta terbaru KIA Optima Standard GL dan GLS.
Ruang dalam KIA Optima Standard GL dan GLS.
Ruang dalam KIA Optima Standard GL dan GLS.
Keluaran terbaru KIA Optima GT-Line.
Keluaran terbaru KIA Optima GT-Line.

Antara teknologi tambahan pada model eksklusif ini termasuk kawalan cermin kereta menggunakan alat kawalan jauh dan sistem Smart Trunk yang membolehkan bonet belakang dibuka tanpa menyentuhnya.

Apa yang paling menarik adalah sistem pengecas telefon pintar tanpa wayar di bawah papan pemuka kereta tersebut, dengan hanya meletakkan telefon bimbit di tempat pengecas yang disediakan, membolehkan telefon pintar pemandu dicas semasa memandu.

KIA Optima 2016 boleh didapati dalam enam varian iaitu model GL 2.0, GLS 2.0, GL 2.4, GLS 2.4 dan model spesifikasi tertinggi iaitu GT-Line.

KIA Optima yang pernah menerima pelbagai anugerah pada tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi menerima anugerah ‘Best Buy Award 2016’ daripada Kelley Blue Book.

Orang ramai boleh mengunjungi Bilik Pameran KIA, Grand Motors Sdn Bhd, Beribi semasa waktu bekerja untuk melihat lebih dekat kereta berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA