Kia lancar Sportage baru

Kia lancar Sportage baru

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar kereta jenama Kia di Brunei telah melancarkan model Kia Sportage terbaru untuk pasaran negara ini.

Model SUV baru ini tampak lebih gah berbanding generasi sebelumnya dengan perubahan dapat dilihat pada bahagian luar seperti lampu utama dengan LED, bentuk gril depan dan lampu kabus depan yang lebih terang.

Manakala itu, bahagian belakang pula menampilkan lampu yang tampak lebih sportif di samping aksesori krom di pintu bagasi, lampu merah dan dua ekzos sportif yang lebih bergaya.

Rim aloi dengan ukuran standard 19 inci mengukuhkan lagi ciri-ciri sportif kereta buatan Korea Selatan ini.

Kia Sportage mempunyai kapasiti bonet yang lebih besar berbanding generasi sebelumnya.
Kia Sportage mempunyai kapasiti bonet yang lebih besar berbanding generasi sebelumnya.
Kini Kia Sportage lebih gah berbanding generasi sebelumnya dengan perubahan ketara pada bahagian luar.
Kini Kia Sportage lebih gah berbanding generasi sebelumnya dengan perubahan ketara pada bahagian luar.

pg10_160206_c pg10_160206_d pg10_160206_e

Dengan reka bentuk badan yang sedikit lebih besar, Kia Sportage baharu ini juga mempunyai kapasiti ruang bonet yang lebih besar, iaitu 503 liter berbanding 465 liter pada generasi lama.

Selain itu, model ini juga dilengkapi dengan lapan sistem radio jenama JBL berkekuatan 320 watt, kerusi dengan pemanas, serta sistem keselamatan canggih.

Ia didatangkan dalam beberapa pilihan enjin iaitu 1.6 cc dengan 132 kuasa kuda dan tork 161nm, 1.7 cc turbo CRDI dan kuasa kuda 136 dan tork 373nm dan 1.2 cc dengan kuasa kuda 184 dan tork 400 nm dengan transmisi enam kelajuan manual atau automatik dual-klac tujuh kelajuan.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Kia Sportage terbaru ini bolehlah mengunjungi Bilik Pameran Kia di Perindustrian Beribi.

ARTIKEL YANG SAMA