Kibar bendera di Gunung Merbabu

Kibar bendera di Gunung Merbabu

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Sekumpulan pendaki tempatan baru-baru ini telah mengharumkan nama Negara Brunei Darussalam apabila berjaya mendaki Gunung Merbabu, Semarang, Jawa Tengah dalam masa sehari.

Lima pendaki yang turut mengibarkan bendera negara kita di gunung itu terdiri daripada Haji Shukri Zain, Awang Mohd Ali Hijra bin Ramli, Awang Kamaluddin bin Haji brahim, Awang Shahronie bin Samiun dan Awang Fuad Firdaus bin Omar.

Di Gunung Merbabu, para pendaki telah mendaki tiga puncak iaitu Puncak Triangulasi pada ketinggian 3,142 meter daripada permukaan laut (mdpl), Puncak Kenteng Songo (3,142mdpl) dan Puncak Syarif (3,119mpdl).

Antara tujuan aktiviti itu ialah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para pendaki tempatan dan juga para pendaki luar negara.

Kumpulan pendaki tempatan mengibarkan bendera ketika berada di Puncak Triangulasi.
Kumpulan pendaki tempatan mengibarkan bendera ketika berada di Puncak Triangulasi.
Lima pendaki tempatan ketika berjaya mendaki Puncak Kenteng Songo.
Lima pendaki tempatan ketika berjaya mendaki Puncak Kenteng Songo.

ARTIKEL YANG SAMA