Kie, Nishiko mara suku akhir

Kie, Nishiko mara suku akhir

LOS ANGELES, 11 Feb – Juara bertahan tiga kali, Kei Nishikori dan pesaing dari Jepun, Yoshihito Nishiko, peserta kelayakan ke 130, mara ke suku akhir Terbuka ATP Memphis semalam dengan kemenangan straight-set.

Pilihan utama Nishikori menewaskan pemain rangking ke 124, Ryan Harrison 6-2, 7-5 untuk menempah tempat ke lapan pusingan akhir menentang Mikhail Kukushkin dari Kazakstan dalam pertandingan gelanggang dalam dewan.

Rangking tujuh, Nishikori menewaskan pemain dari AS itu pada pusingan kedua di Memphis bagi tahun kedua berturut–turut.

Nishikori juga memenangi pertandingan lain menjelang pertemuan mereka pada tahun lepas di Indian Wells.

Nishikori menguasai pertandingan itu bagi permainan ke 10 set kedua tetapi Harrison menafikan dengan empat mata penamat dan mencatatkan mata break pertama bintang Asia itu dalam pertandingan tersebut, akhirnya menjejaskan servisnya pada peluang kelima untuk menyamakan kedudukan set pada 5-.

Nishikori memberikan respon dengan menewaskan Harrison sekali lagi pada pertandingan seterusnya dan menguasai untuk mencatatkan kemenangan selepas 81 minit.

Nishikoa pemain tangan kidal berjaya menewaskan lllya Marchenko 6-1, 6-3 untuk menempah tempat ke suku akhir menentang pilihan keempat dari AS, Sam Querrey, yang menyingkirkan pemain kelayakan dari Switzerland, Henri Laaksonen 6-3, 6-4.

Kukushkin mara dengan menewaskan pilihan kelima dari AS, Denis Kudla 6-1, 7-5, memenangi 22 dari 30 mata dari servis kedua pemain dari AS itu. – AFP