Kilanas FC terima tajaan jersi

Kilanas FC terima tajaan jersi

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mac – Kilanas FC yang akan memulakan kempennya dalam Liga Perdana Brunei DST 2016 pada 18 Mac nanti telah mendapat tajaan jersi daripada Sabli’s Companies.

Menyerahkan tajaan jersi berkenaan di Ibu Pejabat Sabli’s Companies di Perindustrian Lambak Kanan ialah Pengarah Urusan Sabli’s Companies, Haji Asrul Hamzy bin Haji Sabli, Pengurus Jualan dan Pemasaran Sabli’s Companies, Haji Mohd Ucop bin Haji Abdul Razak Sidi dan Pengurus Penghasilan Sabli’s Companies, Haji Mohd Nooh bin OKMD Haji Saman.

Sementara itu, menerima tajaan jersi itu bagi pihak Kilanas FC ialah Pengarah Urusan Kilanas FC dan Akademi Kilanas, Awang Saidin bin Haji Alim dan Ketua Jurulatih Kilanas FC, Awang Roney bin Morni.

Roney ketika ditemubual Media Permata menyatakan dengan adanya tajaan itu, Kilanas FC akan lebih bersemangat untuk menghadapi kempen Liga Perdana Brunei DST musim ini.

(Dari kanan) Awang Saidin, Roney, Haji Asrul Hamzy dan Haji Mohd Ucop semasa penyerahan jersi tajaan Sabli’s Companies untuk Kilanas FC.
(Dari kanan) Awang Saidin, Roney, Haji Asrul Hamzy dan Haji Mohd Ucop semasa penyerahan jersi tajaan Sabli’s Companies untuk Kilanas FC.

Menurutnya majoriti pemain Kilanas FC terdiri daripada pemain berusia bawah 23 tahun dan mereka telah membuat persiapan rapi dengan giat menjalani latihan pra-musim dan perlawanan-perlawanan persahabatan berjadual dan tersusun.

“Saya telah dilantik pada musim ini sebagai ketua jurulatih Kilanas FC, maka saya akan memastikan pemain-pemain akan sentiasa memberikan komitmen yang jitu dan penuh berdisiplin dalam satu pasukan menuju ke arah matlamat sebenar,” ujar Roney lanjut.

ARTIKEL YANG SAMA