Kilang baru Airbus di China dirasmi

Kilang baru Airbus di China dirasmi

TIANJIN, China, 2 Mac (AFP) – Pengeluar pesawat udara terbesar Eropah Airbus hari ini memulakan pembinaan kilang baru untuk menghasilkan kapal terbang berbadan lebar di China, tatkala ia bersemuka dengan pesaing AS Boeing untuk saham pasaran dalam ekonomi kedua terbesar dunia.

Pada satu majlis di utara pelabuhan Tianjin, Ketua Pegawai Eksekutif Airbus, Fabrice Bregier dan pegawai China memecah tanah untuk pembinaan pusat yang akan menghasilkan dua kapal terang A330 setiap bulan. Pusat itu merupakan perkembangan kilang pemasangan terakhir firma untuk pesawat udara satu lorong A320 di bandar itu.

Ia datang bersama pertumbuhan ekonomi China paling lemah dalam satu suku abad dan kebimbangan mengenai prospeknya membimbangkan bursa saham global.

Namun Bregier berkata “ia adalah tidak benar untuk pasaran kami,” menambah pendapatan kelas pertengahan yang meningkat dan pelonggaran peraturan visa sedang mendorong keadaan melambung dalam perjalanan udara China.

Fabrice Bregier (dua, kanan) menekan butang bersama Pemangku Datuk Bandar Tianjin, Duan Chunhua (kiri), bersama naib menteri NDRC China, Lin Nianxiu (dua, kiri) dan Presiden AVIC Lin Zuoming (kanan), semasa majlis perasmian bagi pusat penghantaran dan penyiapan Airbus A 330 di Tianjin, China pada 2 Mac. – Reuters
Fabrice Bregier (dua, kanan) menekan butang bersama Pemangku Datuk Bandar Tianjin, Duan Chunhua (kiri), bersama naib menteri NDRC China, Lin Nianxiu (dua, kiri) dan Presiden AVIC Lin Zuoming (kanan), semasa majlis perasmian bagi pusat penghantaran dan penyiapan Airbus A 330 di Tianjin, China pada 2 Mac. – Reuters

Ekonomi kedua terbesar dunia itu telah pun menjadi pembeli pesawat udara terbesar Asia tatkala semakin ramai kelas pertengahan menggunakan perjalanan udara. Negara itu diramalkan mempunyai 1.7 bilion penumpang kapal terbang menjelang tahun 2034, dan dijangka menjadi pasaran penerbangan awam terbesar di dunia dalam tempoh dua dekad akan datang.

Pusat baru bernilai $150 juta itu merupakan pusat pertama syarikat untuk pesawat udara berbadan lebar di luar Eropah, dan “menandakan satu peristiwa penting baru untuk rancangan antarabangsa Airbus,” kata Bregier.

Ia akan membawa pesawat udara tanpa cat dari ibu pejabat mereka di Toulouse, Perancis dan menambah kabin, kelengkapan perabot dan cat, sebelum mereka diserah kepada pelanggan.

Boeing juga merancang membuka sebuah pusat siap di China, umumnya pada tahun lalu. Syarikat itu menjual 300 pesawat udara bernilai $38 bilion ketika lawatan Presiden Xi Jinping ke AS pada tahun 2015.

ARTIKEL YANG SAMA