Kilang China ...

Kilang China cipta ayam gergasi versi Trump

JIAXING, China, 9 Jan – Sebuah kilang China telah ‘menetaskan’ seekor ayam gergasi boleh kembung yang menyerupai Donald Trump untuk mengalu-alukan Tahun Ayam.

Ayam setinggi lima meter (16 kaki) menayangkan ciri-ciri bulu panjang keemasan presiden dipilih Amerika Syarikat (AS) dan mengajuk gaya tangannya dengan sayap kecilnya.

Haiwan yang berbentuk kartun dari zodiak China itu sentiasa ada semasa Tahun Baru China yang disambut pada hujung bulan ini.

Kilang belon itu menjual ayam menyerupai presiden sekitar 14,400 yuan ($2,080) di laman beli-belah China, Taobao bagi versi 10 meter.

“Saya melihat imejnya dalam berita dan dia memiliki banyak personaliti, dan sejak Tahun Ayam itu muncul saya menggabungkan dua elemen tersebut untuk menjadikan ia ayam China,” kata pemilik kilang Wei Qing memberitahu AFP.

Gambar yang diambil pada 6 Januari menunjukkan para pekerja berdiri di hadapan ayam boleh kembung yang menyerupai Donald Trump di sebuah kilang di Jiaxing. – AFP
Gambar yang diambil pada 6 Januari menunjukkan para pekerja berdiri di hadapan ayam boleh kembung yang menyerupai Donald Trump di sebuah kilang di Jiaxing. – AFP

“Ia sungguh lucu, oleh itu kami merekanya dan cuba untuk menjualnya dan hasilnya ia menjadi popular.”

Belon kartun itu kelihatannya berdasarkan arca yang direka oleh seniman AS, Casey Latiolais, yang didedahkan di sebuah gedung beli-belah bulan lalu di Taiyuan, bandar utara wilayah Shanxi.

Wei berkata dia tidak menyedari yang pereka Amerika telah mencipta yang aslinya, namun menambah bahawa ‘terdapatnya beberapa perbezaan dalam ekspresi wajahnya. Dan yang itu adalah kaca. Kami jenis yang boleh kembung.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA