Kilang gas Perancis diserang

Kilang gas Perancis diserang

SAINT-QUENTIN-FALLAVIER, Perancis, 26 Jun (AFP) – Sekurang-kurangnya seorang suspek kumpulan Islamis telah melancarkan serangan di siang hari ke atas sebuah kilang gas di timur Perancis hari ini, meletakkan kepala yang dipenggal di pagar dan mencederakan kira-kira dua yang lain dengan bahan letupan.

“Tujuannya tanpa diragui lagi adalah untuk mengakibatkan letupan. Ia adalah serangan pengganas,” kata Presiden Francois Hollande di Brussels, memendekkan sidang kemuncak EU untuk mengadakan mesyuarat tergempar di bandar Perancis.

Hollande mengatakan sebuah kereta telah dipandu pada kelajuan yang tinggi oleh ‘seseorang, mungkin ditemani oleh yang lain’ dengan melanggarkannya ke arah kilang tersebut, sekitar 40 km dari bandar kedua Perancis iaitu Lyon.

“Pada ketika saya sedang bercakap, dikatakan seorang telah mati dan dua lagi cedera,” kata Hollande dengan wajah yang serius menggesa bagi ‘perpaduan’ dengan mangsa, yang ditemui bersamanya tulisan Arab.

Penyerang berusia 35 tahun, dikenali sebagai Yacine Salhi, diketahui pernah berkhidmat dengan perkhidmatan keselamatan selama bertahun-tahun namun tidak ada rekod jenayah sebelumnya, menurut Menteri Dalam Negeri, Berneard Cazeneuve.

Pasukan Khas BRI Perancis mengiringi seorang wanita yang tidak dikenali bersama seorang kanak-kanak ketika mereka meninggalkan bangunan apartmen bagi seorang lelaki yang disyaki melancarkan serangan di Saint-Priest berhampiran Lyon. – AFP
Pasukan Khas BRI Perancis mengiringi seorang wanita yang tidak dikenali bersama seorang kanak-kanak ketika mereka meninggalkan bangunan apartmen bagi seorang lelaki yang disyaki melancarkan serangan di Saint-Priest berhampiran Lyon. – AFP

Dia telah ditahan dan siasatan antipengganas telah dilancarkan, katanya.

Pembunuhan kejam itu muncul hampir enam bulan selepas serangan Islamis di dalam dan sekitar Paris yang mengakibatkan 17 orang maut dan bermula dengan penembakan di Charlie Hebdo sebuah syarikat majalah berunsur satira.

“Badannya yang terpisah daripada kepalanya telah ditemui bersama inskripsi ke atasnya,” kata Hollande, walaupun sumber dekat dengan siasatan itu adalah tidak jelas sama ada mangsa telah dipindahkan ke tapak itu atau sama ada pemenggalan kepala telah dilakukan di luar tapak kilang.

“Bendera dengan tulisan Arab di atasnya telah ditemui di tempat kejadian,” kata Cazeneuve, dan teks itu telah diterjemahkan.

Suspek memasuki kilang yang dimiliki oleh kumpulan Air Products Amerika dan meletakkan beberapa bahan letupan kecil, menurut sumber dekat dengan siasatan itu, dengan sekurang-kurangnya dua orang cedera dalam serangan tersebut.

Polis mengatakan ia masih tidak jelas sama ada penyerang bertindak sendiri atau telah ditemani.

Perdana Menteri Manuel Valls, yang dalam lawatan rasmi ke Amerika Selatan telah mengarahkan langkah-langkah keselamatan dipertingkatkan di kesemua tapak sensitif di kawasan itu.

Serangan itu berlaku sekitar 10 pagi waktu tempatan (0800 GMT), menurut media tempatan, di bandar kecil Saint-Quentin-Fallavier, berhampiran Lyon.

ARTIKEL YANG SAMA