Kilang papan dijilat api

Kilang papan dijilat api

Oleh Normazlina M.D & Yusrin Junaidi

 

TUTONG, 28 Sept – Satu lagi kejadian kebakaran, hari ini, telah meranapkan sebahagian kilang papan milik Syarikat Perusahaan Papan Andulau, di Kampung Serambangun, di sini.

Penguasa Bomba dan Penyelamat Mohd Shazwan Suhaini selaku Pemangku Stesen Komander Balai Bomba Tutong, memberitahu mereka menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai sekitar jam 1:15 petang.

Tiga buah jentera bomba, termasuk sebuah dari Balai Bomba Bukit Beruang dan dua dari Balai Bomba Tutong, berserta 16 orang anggota bomba yang diketuai oleh Pegawai Balai, Liley Surayani@Hamdani bin Sidek telah dikerahkan ke tempat kejadian bagi mengawal kebakaran daripada merebak dengan pantas kerana struktur kayu.

Gambar kilang papan hangus yang disebarkan melalui WhatsApp.
Gambar kilang papan hangus yang disebarkan melalui WhatsApp.

Menurut laporan, sebaik sahaja pihak bomba tiba di tempat kejadian, api besar sudah membakar sebahagian daripada kilang papan dan bilik pejabat, manakala itu kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dalam masa 25 minit.

Berikutan kejadian tersebut, Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali telah membuat tinjauan ke tempat kejadian.

Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan dan masih dalam siasatan, manakala itu, anggaran kerugian juga belum dapat disahkan.

ARTIKEL YANG SAMA