Kilang perabot kebakaran

Kilang perabot kebakaran

KAHERAH, 29 Julai (AFP) – Sekurang-kurangnya 25 orang dilaporkan maut dalam kebakaran kilang perabot di utara ibu negara dekat sini hari ini, kata pegawai Kementerian Kesihatan.

Jurucakap kementerian, Hossam Abdel Ghaffar berkata, seramai 22 pekerja dilaporkan cedera terbakar dan menyedut asap dalam kebakaran di kilang Al-Helw terletak di pinggir ibu negara.

Pegawai keselamatan berkata, gas silinder meletup menyebabkan kebakaran merebak hingga ke tiga tingkat kilang berkenaan.

Sementara, Kementerian Dalam Negeri berkata, kira-kira 23 jentera bomba dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Sebuah kilang perabot kebakaran di utara ibu negara Mesir yang dalam usaha pemadaman oleh pihak bomba. - AFP
Sebuah kilang perabot kebakaran di utara ibu negara Mesir yang dalam usaha pemadaman oleh pihak bomba. – AFP

Video diterbitkan dalam laman sosial menunjukkan asap tebal menjulang dari kilang terbabit sementara kelihatan orang ramai membantu mangsa.

Dalam kejadian berasingan pegawai keselamatan berkata, kebakaran sebuah pasar raya di bandar berhampiran laut Mediterranean, Alexandria, semalam mengorbankan 12 orang.