Kilat, ribut petir bunuh 23 jiwa di India

Kilat, ribut petir bunuh 23 jiwa di India

NEW DELHI, 25 Mei – Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh di utara India, Uttar Pradesh, akibat daripada ribut petir dan kilat, kata pihak berkuasa semalam.

Kilat dan ribut petir telah melanda di bahagian barat dan tengah negeri itu sejak malam Isnin lalu.

“Sebanyak 23 kematian dilaporkan akibat pancaran kilat dan ribut petir,” kata seorang pegawai.

“Kematian telah dilaporkan di daerah Auraiyya, Unnao, Kanpur Deha, Etawah dan Raebareli.”

Angin diiringi cuaca buruk telah menumbangkan beratus-ratus pokok, tiang elektrik dan papan-papan tanda di tepi jalan, mengganggu perkhidmatan laluan kereta api dan jalan raya di kawasan yang terjejas.

Pancaran kilat dilihat di langit New Delhi, India, Isnin lalu. – Xinhua
Pancaran kilat dilihat di langit New Delhi, India, Isnin lalu. – Xinhua

Ribut teruk turut merosakkan tanaman mangga di Malihabad Lucknow, Meerut dan daerah Barat yang lain, kata pegawai.

Menurut laporan, beberapa penerbangan menuju Delhi telah dialihkan ke Lucknow dan kemudian dibenarkan mendarat di ibu negara selepas cuaca kembali baik. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA