Killiney tampil bufet sungkai

Killiney tampil bufet sungkai

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jun – Killiney buat kali pertamanya menampilkan promosi bufet Sungkai yang boleh didapati di Killiney, Times Square sepanjang bulan Ramadan ini.

Bufet sungkai ini menampilkan pelbagai hidangan menyelerakan bukan sahaja dari Killiney malah dari barisan restoran-restoran terkenal di Frescho seperti Frescho Food Junction, Cinnabon dan I Love Yoo.

Antara hidangan utama yang disajikan ialah seperti Laksa Singapura, Kari Ayam, Mee Siam, Mee Rebus, Kuew Teow Penang Goreng, Ayam Madu Panggang, Daging Rendang, Sotong dengan Kacang Jagus.

Sementara itu, para pelanggan juga bolehlah menikmati makanan dan minuman dari I Love Yoo seperti mini bun dan juga kacang soya.

Antara hidangan yang ditampilkan bagi Bufet Sungkai Killiney.
Antara hidangan yang ditampilkan bagi Bufet Sungkai Killiney.

Bagi hidangan pencuci mulut pula, Cinnabon menampilkan minuman mochalatte, cinnamon dan juga pecan bites.

Manakala itu, mana-mana pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan kad Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) akan mendapat diskaun 20% dan bagi setiap hari Rabu sepanjang bulan Ramadan, para pelanggan bolehlah menikmati diskaun sebanyak 30% bagi pembayaran menggunakan kad BIBD.

ARTIKEL YANG SAMA