‘Kilo’ kuat di Pasifik, ‘Danny’ lemah di Atlantik

‘Kilo’ kuat di Pasifik, ‘Danny’ lemah di Atlantik

KAILUA-KONA, Hawaii, 23 Ogos (Reuters) – Sistem cuaca Kilo melemah kepada tekanan rendah menjelang awal semalam tetapi dijangka menjadi taufan tatkala ia membuat perjalanan ke seluruh bahagian tengah Pasifik ke arah kepulauan Hawaii sepanjang beberapa hari akan datang, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS).

Kilo, dengan mengekalkan kelajuan angin sehingga 48 kilometer sejam, berpusat 835 kilometer di selatan Honolulu semalam pada pukul 5 pagi (1500 GMT), bergerak ke barat laut pada kelajuan kira-kira 28 kilometer sejam, kata NWS.

Kilo dijangka semakin kuat dan perlahan sepanjang hujung minggu, ketika ia mula berpusing ke arah barat laut. Kerana ia melepasi sepanjang air suhu hangat, di selatan kepulauan, ia kemungkinan mengelak laluan angin yang melemahkan dua taufan pada awal bulan ini.

Ahli ramalan cuaca berkata Kilo tidak akan membuat landaan secara langsung ke atas sebarang gugusan pulau tetapi Kauai kelihatannya menjadi yang paling mudah terdedah.