Kim Dong Wan ...

Kim Dong Wan kenang jasa wartawan

ANGGOTA kumpulan Shinwa iaitu Kim Dong Wan menyumbangkan dana kepada pihak produksi filem dokumentari tentang wartawan berjudul 7 Years – Media Without Them.

Menurut wakil produksi karya tersebut, filem itu dihasilkan bagi memaparkan perjuangan wartawan dalam menegakkan keadilan di Korea Selatan.

Produksi turut membuka kepada penggiat seni atau pun orang ramai yang ingin menyumbangkan dana untuk penghasilan filem itu sejak 23 Disember lalu.

“Kami mencari dana untuk menghasilkan filem ini dan ia bertujuan untuk membantu para wartawan dan tokoh media yang dipecat serta diambil tindakan gara-gara mengkritik pemerintah.

Kim Dong Wan terkenal dengan sikap dermawan dan gemar membantu golongan memerlukan.
Kim Dong Wan terkenal dengan sikap dermawan dan gemar membantu golongan memerlukan.

“Menerusi filem dokumentari ini juga kami ingin menceritakan penderitaan yang terpaksa mereka lalui,” kata wakil produksi berkenaan seperti dipetik dari Soompi.

Sementara itu, Dong Wan yang terkenal dengan sikap dermawan dan gemar melakukan aktiviti kebajikan dipuji atas keperihatinannya kerana menyumbang wang untuk penghasilan filem itu.

Sebelum ini dia juga pernah menyumbangkan wang kepada mangsa bencana alam, kanak-kanak serta mereka yang tidak berkemampuan.