Kim Dotcom pulih semula Megaupload

Kim Dotcom pulih semula Megaupload

WELLINGTON, 12 Julai – Mogul Internet, Kim Dotcom telah mengumumkan rancangan untuk melancarkan semula empayar Megauploadnya pada 2017, tepat lima tahun selepas pihak berkuasa menutupnya berhubung tuduhan cetak rompak.

Perkhidmatan perkongsian fail itu dulunya merupakan laman ke-13 yang paling banyak dikunjungi dalam Internet, mahkamah New Zealand tahun lepas mendengarkan, dengan 50 juta pengguna setiap hari merupakan empat peratus daripada trafik web global.

Namun ia jatuh pada Januari 2012, apabila FBI menutup server Megaupload dan polis New Zealand menyerbu pangsapuri Auckland Dotcom.

Kesan sampingan undang-undang akibat serbuan itu masih lagi berterusan, dengan Dotcom masih memperjuangkan ekstradisi ke Amerika Syarikat atas dakwaan yang boleh menempatkan dirinya dan tiga pengasas Megaupload lain dipenjara sehingga 20 tahun.

Gambar fail Kim Dotcom yang diambil pada 23 Disember 2015, ketika dia tiba di mahkamah untuk mendengar keputusan kes ekstradisinya di Auckland. - AFP
Gambar fail Kim Dotcom yang diambil pada 23 Disember 2015, ketika dia tiba di mahkamah untuk mendengar keputusan kes ekstradisinya di Auckland. – AFP

FBI mengatakan Megaupload mendapat keuntungan lebih AS$175 juta dalam hasil jenayah itu dan merugikan pemilik hak cipta lebih AS$500 juta dengan menawarkan kandungan cetak rompak.

“Megaupload muncul semula pada 20 Januari 2017, ulang tahun ke-5 serbuan itu. Ia akan menjadi lebih bagus daripada yang asal dan ia seperti rumah,” Dotcom mentweet pada Ahad.

Megaupload merupakan perintis dalam penyimpanan awan (cloud) namun kini sudah terdapat banyak khidmat serupa termasuk Dropbox, Google Drive dan iCloud. – AFP