Kim Jong-Un akan dimahkotakan

Kim Jong-Un akan dimahkotakan

SEOUL, 4 Mei (AFP) – Media kerajaan Korea Utara hari ini menggelar Kim Jong-Un sebagai ‘Great Sun of the 21st Century’ ketika negara itu membuat persiapan terakhir bagi kongres parti memerintah yang jarang sekali diadakan yang dilihat sebagai pemahkotaan rasmi pemimpin muda itu.

Bersedia bagi perhimpunan yang jarang diadakan, yang pertama seumpamanya dalam tempoh hampir 40 tahun. Ia melibatkan mempersiapkan keseluruhan negara dalam kempen 70 hari yang hanya berakhir pada Isnin. Kongres akan bermula pada Jumaat dan dijangka mengukuhkan status Kim sebagai pemimpin tertinggi dalam tempoh empat tahun selepas dia mula berkuasa ekoran kematian ayahnya, Kim Jong-II.

Lidah rasmi parti memerintah surat khabar harian Rodong Shimun berkata kongres akan datang adalah majlis ‘suci’ yang akan menyemadikan pencapaian Kim, dari projek-projek infrastruktur hinggalah kepada memajukan peluru berpandu balistik yang dilancarkan kapal selam.

Ini adalah kemenangan yang diraih, lapor surat khabar itu, melalui perjuangan kebangsaan terhadap sekatan PBB ke atas program nuklear Korea Utara, ancaman yang diperlihatkan oleh latihan tentera AS-Korea Selatan dan kritikan antarabangsa ke atas rekod hak asasi kemanusiaan Korea Utara.

Gambar fail bertarikh 10 Oktober 2015 menunjukkan Kim Jong Un melambai semasa perarakan di Pyongyang, Korea Utara. - AP
Gambar fail bertarikh 10 Oktober 2015 menunjukkan Kim Jong Un melambai semasa perarakan di Pyongyang, Korea Utara. – AP

Dengan merujuk gedung senjata nuklear negara itu sebagai ‘pedang berharga’, Rodong berkata senjata itu adalah ‘harta semua kegembiraan yang akan memastikan banyak perkara dalam tempoh beberapa dekad akan datang.”

Timbul spekulasi yang tersebar luas – sebahagiannya disokong oleh imejan satelit, bahawa Korea Utara bersiap sedia untuk melancarkan ujian kelima nuklear sebelum atau malah ketika kongres itu untuk menekankan dakwaannya menjadi kuasa nuklear sebenar.

“Berhubung situasi persiapan, Korea Utara dapat melaksanakan ujian itu pada bila-bila masa ia inginkan,” menurut Kementerian Penyatuan semula Korea Selatan hari ini.